




AAM Lintah Farm adalah sebuah entiti perniagaan milik 100% Bumiputra yang telah ditubuhkan pada 26hb.Mei 2008 di Kuantan Pahang Darul Makmur. Matlamat penubuhan adalah bagi menjalankan aktiviti Penternakan Lintah Secara Komersial. Pihak AAM Lintah Farm telah mengusahakan ternakan Lintah ini secara kecil-kecilan dalam kolam simen 15" x 6" bermula pada tahun 2006.Setelah mendapat pertambahan permintaan dan pasaran maka AAM Lintah Farm kini mengamalkan konsep ternakan dalam PolyTank dan setiap polytank adalah bersaiz 150 gallon. Kini terdapat 50 unit tangki PolyTank yang telah berjaya diusahakan. Dari segi pemakanan Lintah-Lintah yang diternak hanya diberi makan Darah Belut dan Keli. Juga bagi rangsangan pembesaran , pemakanan tambahan diberi.
Lokasi Pusat Ternakan adalah dalam daerah Kuantan : 20 tangki di Bt.5, Jalan Kuantan -Gambang, 15 tangki di Beserah Kuantan dan 15 tangki di Kg.Permatang Badak Kuantan.
Lokasi Pusat Ternakan adalah dalam daerah Kuantan : 20 tangki di Bt.5, Jalan Kuantan -Gambang, 15 tangki di Beserah Kuantan dan 15 tangki di Kg.Permatang Badak Kuantan.
No comments:
Post a Comment